SEJARAH MANDAILING
(Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia).
Orang Mandailing diriwayatkan berasal dari Munda yaitu sebuah daerah di
India Tengah. Mereka telah berpindah-pindah pada abad-ke 6, karena
terpukul dengan serangan bangsa Arayan dari Irak yang
meluaskan pengaruh mereka. Setelah melintasi Gunung Himalaya mereka
menetap sebentar di Mandalay, yaitu ibu negara Burma purba. Besar
kemungkinan nama Mandalay itu sendiri datangnya dari perkataan
Mandailing yang mengikuti logat Burma.
Sekali lagi mereka terpaksa bepindah
karena pergolakan suku kaum di Burma yang sering berperang. Pada waktu
itu mereka melintasi Selat Malaka , yang pada masa itu bukan merupakan
suatu lautan yang besar, sangat dimaklumi bahwa pada masa itu dibagian
tertentu Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera hanya di pisahkan oleh
selat kecil saja.
Kaum Munda telah berjaya menyeberangi
laut kecil tersebut dan mendirikan sebuah kerajaan di Batang Pane,
Portibi, diduga peristiwa ini terjadi di akhir abad ke – 6. Kerajaan
Munda Holing di Portibi ini telah menjadi mashur dan meluaskan wilayah
taklukannya hingga kesebahagian besar pantai Sumatera dan Tanah Melayu.
Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada Maharaja Rajenderacola lalu
beliau menyerang kerajaan Munda Holing dan negara pantai lainnyadi abad ke-9. Tenteara
kerajaan Munda Holing yang di pimpin oleh Raja Odap-Odap telah
ditewaskan oleh Rajenderacola dan berkuasa di seluruh daerah Batang
Pane. Tunangannya Borudeakparujar telah melintasi Dolok Maela (sempena
Himalaya yang didaki oleh nenek moyangnya) dengan menggenggam segumpal
tanah di Portibi untuk menempah satu kerajaan baru (Menempah banua).
Kerajaan kedua di Sumatera di
didirikan di Pidoli Dolok di kenali sebagai kerajaan Mandala Holing
artinya kawasan orang-orang Keling. Pada masa itu mereka masih beragama
Hindu memuja Dewa Siva. Di abad ke 13, Kerajaan Majapahit
telah menyerang ke Lamuri, Padang Pariaman dan Mandailing. Sekali lagi
kerajaan Mandala Holing ini telah di bumi hangus dan hancur. Penduduk
yang tidak dapat di tawan telah lari kehutan dan bercampur-gaul dengan
penduduk asli. Lalu terbentuklah Marga Pulungan artinya yang di
kutip-kutip. Di abad ke-14 dan ke 15, Marga Pulungan telah mendirikan
tiga buah Bagas Godang di atas tiga puncak Bukit namun kerajaan
tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang besar, hanya merupakan kerajaan
kampung.
Di pertengah abad ke-14, terdapat legenda tiga anak
Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang bernama Betara Sinomba, Putri Langgoni
dan yang bungsunya Betara Gorga Pinanyungan yang mendirikan dua buah
kerajaan baru.Betara Sinomba telah di usir oleh Yang Dipertuan dari
Pagar Ruyung karena kesalahan bermula dengan adiknya Putri Langgoni.
Kedua beradik tersebut berserta pengikutnya telah merantau dan
mendirikan kerajaan di Kota Pinang. Yang di Pertuan Kota Pinang inilah
yang menurunkan raja-raja ke Kota Raja, Bilah, Kampung Raja dan Jambi.
Adiknya Betara Gorga Pinanyungan di dapati bersalah
belaku adil dengan sepupu sebelah ibunya yaitu Putri Rumandang Bulan.
Oleh kerana tidak ada lagi pewaris takhta makanya putri tersebut
ditunangkan dengan Raja Gayo.
Sewaktu Putri Rumandang Bulan di bawa
pergi ke Gayo beliau telah membawa satu tandan pinang masak lalu
ditanamnya sebiji pinang tersebut pada setiap kali rombongan tersebut
behenti hinggalah sampai di tebing sebatang sungai. Di
tebing sungei itu baginda telah melahirkan seorang anak laki-laki yang
gagah dan perkasa. Ketika rombongan tersebut ingin meneruskan
perjalanannya ke Gayo maka datanglah petir dan guntur yang
amat dasyat hingga kemah mereka tidak dapat di buka. Begitulah
keadaannya sehingga tujuh kali percobaan. Akhirnya seorang Datu telah
memberitahu bahawa anak tersebut hendaklah ditinggalkan di atas batu di
bawah pohon sena tempat ia dilahirkan kerana putera tersebut akan
menjadi seorang raja yang besar di situ.
Putri Rumandang Bulan enggan puteranya ditinggalkan
karena dia ingin mati bersama anaknya, apabila Raja Gayo kelak
mendapati bahwa dia bukan lagi perawan. Di dalam keadaan tersebut
tepancarlah pelangi maka menitilah tujuh orang bunian di ikuti oleh Dewa
Mangala Bulan dari Kayangan. Puteri tersebut di simpan kedalam sungai
berdekatan lalu bermandikan dengan bunga-bunga sena yang sedang
berkembang. Apabila keluar dari sungai tersebut di dapati perut-perut
yang menandakan baginda telah melahirkan tidak lagi kelihatan. Maka nama
sungai tersebut di kenali sebagai “Aek Batang Gadis” artinya, air
sungai yang memulihkan gadis/perawan.
Anak yang ditinggalkan di bawah pohon sena tersebut
telah di temui oleh rombongan Sultan Pulungan yang sedang memburu, lalu
dipunggutnya. Anak yang dibesarkan di dalam kandang di bawah rumah
tersebut akhirnya telah berhasil melarikan diri dan mendirikan sebuah
kerajaan dan kemudiannya mengalahkan Sultan Pulungan. Anak tersebut yang
di kenali sebagai Sibaroar yaitu kandang di bawah rumah akhirnya
menjadi raja besar di Penyabungan. Oleh karena raja di
Penyabungan yang tersembunyi diketahui orang akan ibunya maka
dipanggilah kerajaannya sebagai kerajaan “MANDE NAN HILANG”, pendeknya
Mandailing atau pun Mandehilang. Beliau juga adalah pengasas/penegak
Marga Nasution., artinya orang sakti.
Ketika cerita kebesaran Sibaroar yang di gelar
Sutan Diaru tersebar jauh ke Pagar Ruyung maka Yang Dipertuan Pagar
Ruyung pun terkenang akan Putri Rumandang Bulan yang hamil di bawa ke
Gayo. Baginda dan pengiringnya pun berangkatlah mengikuti pohon-pohon
pinang yang telah di tanam oleh bekas kekasihnya itu hingga sampailah di
tepi sungei yang di namakan “Aek Batang Gadis” lalu di bawa mengadap
kepada Sutan Diaru di penyabungan.
Setelah panjang lebar bercerita lalu pengasuh yang
bernama Sisauwa telah menunjukkan kain sutera kuning pinang masak yang
membalut Sutan Diaru sewaktu baginda dijumpai di bawah pohon sena di Aik
Batang Gadis berserta aguk yang dikalungkan oleh ibunya Putri Rumandang
Bulan. Maka ketahuanlah akan Yang Di Pertuan Pagar Ruyung, bahwa Raja
Sutan Penyabungan tersebut adalah anaknya. Seluruh isi negeri bersukaria
dan Sutan Diaru pun di tabalkan secara rasmi sebagai Raja Penyabungan.
Pada masa yang sama juga utusan dari Kota Pinang telah datang ke
Penyabungan untuk mengundang Yang Dipertuan Pagar Ruyung kesana untuk
bertemu kekandanya yang telah lama tidak berjumpa. Lalu kata Yang
Dipertuan, “Beta tetap akan mengunjungi kekanda beta di Kota Pinang.”
Maka itu pada hari ini Kota Pinang di kenali sebagai Tanah Abang, dan
Penyabungan di kenali sebagai Tanah Adik, sempena peristiwa Betara
Sinomba mengundang adiknya Betara Gorga Pinanyungan di Penyabungan
supaya baginda datang ke Kota Pinang walaupun adiknya mempunyai kerajaan
yang lebih besar di Pagar Ruyung.
Kerajaan Sibaroar @ Sutan Diaru di Penuyabungan
akhirnya bekembang luas menguasai seluruh Mandailing Godang yang sangat
subur tanahnya.
Diabad ke-19 yaitu sekitar 1916, Tentera Paderi di
bawah pimpinan Tuanku Imam Bonjol telah mengutuskan Raja Gadumbang
Porang atau lebih di kenali sebagai Tuanku Mandailing untuk mengislamkan
Tanah Mandailing. Tentera Paderi telah masuk ke Mandailing melalui
Muara Sipongi dan menakluki Penyambungan pada awal 1816. Kemudiannya
Belanda pula memasuki Mandailing sekitar 1835, ini telah mengakibatkan
banyak dari raja-raja Mandailing yang menentang dan terpaksa mundur dan
menyeberangi Selat Melaka dan terus menetap di Tanah Melayu.
Orang-orang Mandailing bekas panglima
tentera paderi telah memainkan peranan penting di dalam perjalanan
sejarah di Tanah Melayu iaitu Tanah Pelarian. Nama seperti Tuanku
Tambusai, Raja Asal, Raja Laut dan Sutan Naposo tercatat di dalam
sejarah pergolakan perang saudara di Pahang dan Selangor.
Perpindahan orang Mandailing bermula sejak lama,
diantaranya adalah disebabkan perselisihan faham keluarga, menjae atau
merajuk, kalah perang atau pelarian atau buruan kerana berbagai
kesalahan adat atau hukum. Kejatuhan Penyabungan ketangan Tentera Paderi
1816 dan gerakan mengislamkan Tanah Mandailing berikutnya. Ada
diantaranya di hantar ke Semenanjung. Namun perpindahan yang paling
ketara bermula sejak beramai-ramai sebagai budak/abdi dan
ada di antaranya melarikan diri bersama keluarga mereka untuk mencari
tempat tinggal yang lebih aman.
Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku
Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila
Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang
Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai
telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke
Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 – 1832. Ada pula di antara raja-raja
Mandailing yang mengikut tentera Paderi seperti Patuan Maga, Baginda
Sidursat dan lain-lainnya telah menentang Tuanku Lelo. Di bawah pimpinan
Tuanku Mandailing beberapa orang panglima perang paderi akhirnya
menyerang Kubu Tuanku Lelo di Padang Sidempuan dan menewaskannya. Salah
seorang anak raja Mandailing bernama Jahurlang yang bergelar Tuanku Bosi
yaitu anak kepada Patuan Maga telah menyertai Tuanku Imam Bonjol
sebelum jatuhnya benteng Padang Sidempuan. Beliau diamanahkan oleh
Tuanku Imam Bonjol untuk menjaga Bentang Bonjol pada tahun 1837 –
sewaktu beliau berunding dengan Belanda.
Jahurlang atau Tuanku Bosi diberikan
pedang Al-malik kepunyaan Tuanku Rao yang terkurban di Air Bagis sebagai
tanda mengambil alih pimpinan di Bonjol. Malang sekali Bentang Bonjol
tidak dapat dipertahankan kerana kekuatan tentera Belanda, akhirnya
Tuanku Bosi dengan pengikutnya tepaksa mundur ke Benteng Dalu Dalu.
Melihat pedang Al-Malik di tangan Tuanku Bosi, maka
Tuanku Tambusai telah merencanakan pengunduran beliau bersama
pengikutnya dan Benteng Dalu Dalu diserahkan kepada Tuanku Bosi. Tuanku
Tambusai dengan diiringi oleh Tuanku Raja Asal, Abdullah Zawawi (anak
kepada Tuanku Bosi) yang kemudiannya di kenali sebagai Raja Laut
berundur bersama pengikut mereka ke Tanah Melayu. Benteng
Dalu-Dalu jatuh ketangan Belanda pada 1838. Tuanku Bosi turut terkurban
setelah mendapat luka-luka parah di dalam pertempuran tersebut.
Tuanku Tambusai, Raja Asal dan Raja Laut mendarat
di Melaka dan pergi ke Lukut mencari tempat tinggal. Tidak lama kemudian
Raja Laut diperintahkan kembali ke Sumatera untuk mencari saki baki
tentera paderi bagi mengatur serangan balas terhadap Belanda. Raja Asal
meninggalkan Lukut kerana terdapat sedikit kekecuhan di sana, beliau
pergi ke Kelang membuka Lombong Bijih Timah sekitar tahun 1843. Tuanku
Tambusai mencari tempat tinggal yang terpencil di Negeri Sembilan dan
menetap di sana. Raja laut berulang alik antara Sumatera
dan Tanah Melayu sambil menyerang kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris,
Cina dan India yang melintasi Selat melaka. Maka itu beliau di sebut
Raja Laut.
Sekitar tahun 1850, Raja Asal telah meinggalkan
Kelang dan berjijrah ke Pahang bersama-sama pengikutnya. Di Pahang Raja
Asal telah melibatkan diri di dalam perusahaan melombong bijih timah dan
berjual beli bijih timah. Raja Asal telah dapat menembusi
istana Bendahara Tun Ali dan bersahabat baik dengan keluarga pembesar di
Pahang. Beliau bersahabat baik dengan Tun Mutahir anak Tun Ali. Tun Ali
mangkat pada tahun 1857. Raja Asal telah berkahwin dengan Wan Putih
atau dalam bahasa Mandailing di panggil Siputeh.
Perang saudara di Pahang belaku pada tahun 1857 –
1863, Raja Asal terlibat di dalam perang tersebut kerana berkahwin
dengan keluarga Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Pahang yang baru. Perang
saudara tersebut di menangi oleh Wan Ahmad iaitu adik kepada Tun
Mutahir. Sewaktu luka parah Tun Mutahir telah berundur bersama
anak-anaknya Wa Da dan Wan Aman serta Raja Asal kesempadan Negeri
Selangor. Wan Putih telah di jemput oleh hamba Raja Asal bernama
‘Sipuntung’, lalu di bawa ke Selangor. Di Selangor Raja
Asal kembali menjalankan usaha membeli dan menjual bijih timah. Dana
Paderi yang diamanahkan kepadanya dilaburkan sekali lagi untuk membiayai
saki-baki tentera Paderi yang menjadi pengikutnya. Oleh itu beliau
sentiasa berhubung dengan Raja Laut yang diutuskan untuk mengumpulkan
saki-baki tentera Paderi di Sumatera. Tuanku Tambusai yang sudah uzur
tidak lagi memainkan peranan penting untuk memulihkan semula kekuatan
Paderi di Sumatera.
Apabila Tuanku Raja Asal mengambil keputusan untuk
menyokong Raja Mahadi di dalam Perang Kelang untuk menentang Raja
Abdullah (dalam tahun 1866) maka beliau telah menghubungi Raja Laut
untuk mendapat bantuan bekas tentera Paderi di dalam peperangan
tersebut. Sewaktu Kelang jatuh dan kemudiannya Kuala Lumpur
turut jatuh kerangan orang-orang Mandailing, Raja Asal telah
memerintahkan hambanya Sipuntung untuk membunuh Dato’ Bandar Yassih yang
berketurunan Bugis kerana banyak menindas dan menyeksa orang-oranag
Mandailing.
Campurtangan Tengku Kudin sebagai wakil Sultan
Abdul Samad yang memerintah Selangor mulai 26hb. June, 1868, telah
mengubahkan suasana politik di Selangor. Tengku Kudin mendapat bantuan
dan sokongan dari nggeris. Walaupun pada mulanya Raja Asal,
Sutan Na Poso dan kapitan Yap Ah Loy bersahabat baik tetapi pada tahun
1871 mereka berselisih faham dengan Yap Ah Loy atas urusan perniagaan
bijih timah.
Pada bulan Mei 1872, Raja Asal bersama Raja Laut
telah membawa angkatan perang mereka untuk menyerang Kuala Lumpur.
Mereka telah berkubu di Petaling Batu, iaitu di Jalan Cheras sekarang,
bersama lebih kurang 2,000 orang bekas tentera Paderi dari Sumatera.
Satu pertempuran telah berlaku diantara pasukan Raja Asal/Raja Laut
dengan pasukan Kapitan Yap ah Loy yang di bantu oleh Kapten Van Hagen
dan Kapten Cavalier yang akhirnya mengalami kekalahan teruk di mana
seramai 730 tentera mereka telah terkurban. Kejayaan Raja Asal dan Raja
Laut merebut Kuala Lumpur dari Kapitan Yap Ah Loy dan sekutunya telah
mendesak Tengku Kudin meminta bantuan tentera dari Pahang dan Pulau
Pinang. Pada pertengahan tahun 1872 Pahang telah bersubahat dengan
Tengku Kudin untuk mengalahkan Raja Asal yang di sokong oleh orang-orang
Mandailing, Rawa (Rao), Batubara dan orang Minangkabau yang merupakan
saki-baki tentera Paderi, Raja Asal tersebut bergelar Tuanku Raja Asal –
bukanlah bererti beliau itu Raja yang memerintah tanah Mandailing,
gelaran Tuanku itu adalah gelaran Panglima Tetera Paderi. Raja di Tanah
Mandailing dipanggil Baginda, bukannya Tuanku.
Pada akhir 1872, tentera Pahang telah menyerang
kubu Raja Asal di Ulu Kelang. Tentera Pahang yang di pimpin oleh Imam
Perang Raja Rosu (Tok Gajah) telah ditewaskan oleh tentera Raja Asal
yang di pimpin oleh Panglima dari Mandailing bernama Jabarumun, yang
berkubu di Ulu Kelang. Isteri Raja Asal yang benama Wan Putih (Siputih),
bersama orang-orang Telu gigih pula mempertahankan satu lagi kubu Raja
Asal yang kini tempatnya dikenali sebagai Siputeh, sempena nama beliau
yang dikagumi oleh orang-orang Mandailing.
Pada bulan Mac, 1873, sekali lagi Raja Rosu bersama
tentera dari Pahang menyerang Ulu Kelang dengan kelengkapan yang lebih
hebat, oleh kerana bantuan yang dinantikan dari Raja Laut tidak dapat
mendarat di Kelang maka mereka telah mendarat di Teluk Mak Intan, maka
kubu Raja Asal pun jatuhlan ketangan orang Pahang. Raja Laut bersama
lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di
satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan
hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang
telinga dan hidung mereka.
Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang
mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang
ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam
bahasa Mandailing itu adalah sungei. Didalam perjalanan
mereka ke Ulu Selangor, mereka telah menerima berita kekalahan Raja Asal
di Bukit Nenas lalu mereka bekemah di Ulu Bernam/Slim menanti Raja Asal
yang sedang menuju ke Negeri Perak. Sebelum bertemu dengan
Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan
supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan
Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke
atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu
yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di
pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun. Pasukan perang tersebut
telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang
orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan
pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.
Raja Laut dan pengikutnya tidak
mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air
Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang
sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir
guru agama di Air Kuning. Raja Laut telah kembali kepada
cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau
terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang
Belanda di Labuahan Bilik. Anaknya Syeh Basir Nasution
telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya
tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua
benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air
Kuning.
Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu
putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu
kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah
diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai
Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah
di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh
akhirnya mengikut “telor” orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh. Raja
Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di
Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di
Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah
pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang
Jabarumun. Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah
tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki
mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di
sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti
utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini
di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang
dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.
Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila
perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesa-pembesar Negeri
Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah
berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah
beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal)
untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. Raja Asal
menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak
kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja
dan dewasanya. Paktan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya
tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat
dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari
campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk
agama Islam.
Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim
Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak
saudara kepada Raja Asal. Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada
tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diujudkan. Sila lihat perlantikan
Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama. Semasa
J.W.W . Birch di bunuh Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi
mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja
Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak
yang berkuasa.
Sepanjang keadaannya gering itu Raja Bilahlah yang
menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta
Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau
membayar semua hutang tersebut. Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan.
Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan
dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang
aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja
Bilah. Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan
di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan
Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di
atas tanah perkuburn Changkat Piatu.
ASAL BATAK
Keturunan
keenam dari Boru Deakparujar dan Raja Odap-Odap, salah satu darinya
bernama Datu Dandana Debata. Dia adalah seorang yang banyak saktinya dan
menjadi Datu/Pawang di istana raja pada masa itu. Anaknya adalah
keturunan ketujuh dari Boru Deakparujar bernama RAJA BATAK. Beliau juga
seperti ayahnya sangat handal dan tinggi ilmu batinnya.
Oleh kerana masyarakat Mandala Holing berasal dari India yang
mengamalkan sistem kasta maka itu keturunan raja adalah dilarang
bercampur darahnya dengan darah hamba. Pantangan ini sangat keras pada
masa itu.
Ditakdirkan oleh Dewata Raya, ketua bagi segala hatoban iaitu Datu
Ompung Dolom yang duduk di Sopo Godang tetapi tidak boleh bersuara
kecuali menerima kerja, mempunyai seorang puteri yang sangat jelita.
Walaupun
telah ditegah tetapi Raja Batak tetap dengan pendiriannya untuk
menggauli anak Datu Ompung Dolom tersebut, hinggakan mengandung. Apabila
berita tersebut diketahui oleh Raja maka perintah menangkap Raja Batak
pun dikeluarkan. Namaun begitu tidak ada seorang pun yang dapat
menangkap Raja Batak yang sakti itu, malah ramailah panglima yang
terkorban di dalam usaha mereka untuk menangkap Raja Batak tersebut.
Setelah habislah ikhtiar untuk menangkap Raja Batak maka Datu Dandana
Debata pun dipanggil raja untuk mencuci arang di muka. Apabila raja
bersungguh-sungguh meminta supaya Raja Batak dibuang maka sembah Datu
Dandana Debata kepada Baginda:
“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun, akan Raja
Batak itu tidak akan ada sesiapapun yang boleh membunuhnya. Telah patik
turunkan segala ilmu dan muslihat peperangan kepadanya. Lagipun tidak
boleh kita menitiskan darah raja di tano handur, tano malambut, tano
lulambu jati, tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung. Sian i
ma dalan tu ginjang, partuatan ni omputa, Debata na tolu suhut, na tolu
sulu, na opat harajaon, tu banua tonga on……”
Raja
pun terdiam, lalu berjanji tidak akan membunuh Raja Batak atau
menitiskan darahnya. Setelah menerima pengakuan bahawa anaknya tidak
akan dibunuh atau dicederakan maka Datu Dandana Debata pun menyuruh
orang membuat jala tiga warna iaitu warna putih, merah dan hitam yang
menjadi warna adat dan keramat sehingga hari ini. Apabila jala tiga
warna itu siap Datu Dandana Debata pun naik ke atas bumbung rumah
anaknya lalu diminta orang memanggil Raja Batak keluar bermain senjata
di halaman rumah. Begitu Raja Batak keluar ke halaman rumah ayahnya pun
menebarkan jala tiga warna lalu terperangkaplah Raja Batak dan gugurlah
segala kesaktiannya.
Sejak itulah maka semua Bagas Godang/ Istana Raja di Mandailing
dilentik naik hujung atap rumahnya, agar
tidak ada orang yang boleh menebarkan jala dari atas bumbungnya.
SUMPAHAN KE ATAS RAJA BATAK
Apabila
Raja Batak dihadapkan di dalam sidang adat maka ia telah dihukum buang
daerah bersama seluruh keturunan Datu Ompung
Dolom. Pada hari tersebut lalu disebutlah:
“Hee….kamu Siraja Batak nyah/ pergilah kamu dari Tanah Mandailing ini
sebagai orang yang hina, orang yang tidak tahu adat, orang yang
degil/bendal dan orang yang kasar serta rendah martabatnya…..Kamu diusir
ke sebuah pulau yang terletak di atas gunung yang dikelilingi oleh air
di tanah gersang yang tiada tumbuh-tumbuhan yang subur yang terpencil
dari penglihatan manusia dan binatang….Barang ada keturunanmu hendaklah
ia memulakan namanya dengan panggilan Si…..sebagai orang yang hina dari
martabat yang rendah…..Tidak boleh di antara kamu memakai perhiasan dari
logam kecuali daripada manik tandanya kamu dari keturunan orang yang
terbuang….Tidak boleh kamu meninggalkan pulau tersebut selama tujuh
keturunan kamu, jika ada yang kemudiannya mendirikan kampung di tanah
besar nanti, hendaklah dikelilingi oleh rumpun bambu supaya jelas bahawa
kamu adalah dari keturunan yang hina….”
Begitulah
kira-kiranya sumpahan ke atas Siraja Batak dan keturunannya selama
tujuh generasi. Mereka telah dipisahkan dari pandangan manusia dan
binatang, selama tujuh keturunan kerana kesalahan menentang adat dan
raja. Oleh kerana Siraja Batak dibuang bersama seluruh anggota keluarga
Datu Ompung Dolom yang merupakan ketua segala hamba maka itu kita dapati
dari segi fizikal terdapat perbedaan yang sangat ketara antara
Mandailing dan Batak.
Orang-orang Batak biasanya pendek-pendek, rambut kerinting dan kepalanya benjol ke belakang.
Orang Mandailing asli agak tinggi dan tegap, rambutnya ikal mayang,
kulit putih kemerah-merahan atau putih
kuning.
Walaupun asal usul orang Batak itu dari Tanah Mandailing tapi kedudukan
mereka sebenarnya adalah keturunan Datu Ompung Dolom yang merupakan
kasta rendah yang menjadi hamba di Mandala Holing iaitu Pidoli kecuali
Siraja Batak itu sahajalah elemen Mandailing yang asli.
Oleh
yang demikian jelaslah Mandailing itu bukanlah BATAK walaupun BATAK itu
asalnya dari Tanah Mandailing.
Siraja Batak itu keturunan ketujuh kepada Boru Deakparujar lalu dibuang
dan disumpah untuk tujuh keturunan maka itu orang Batak sentiasa
berpegang kepada angka tujuh sebagai angka sakti dan keramat sedangkan
orang Mandailing menganggap angka sembilan sebagai angka raja.